Input your search keywords and press Enter.

Kapal Russia tenggelam, 14 anak kapal maut

M Update, 03/07/2019 – Seramai 14 anggota tentera laut Russia terbunuh dalam kebakaran ketika mengadakan penyelidikan, selepas kapal yang dinaiki tenggelam di utara negara itu.

Susulan itu, Presiden Vladimir Putin mengarahkan siasatan dijalankan mengenai punca tragedi itu.

Pada 2000, sebuah kapal selam milik Russia, iaitu Kursk tenggelam hingga meragut nyawa 118 anggota tentera ketika tahun pertama pentadbiran Putin.

Namun, pihak berkuasa tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai kapal terbabit atau bagaimana kemalangan itu berlaku, tetapi beberapa pegawai kanan mendakwa ia bukanlah satu tugasan biasa.

“Ia adalah satu kehilangan besar kepada tentera laut, dan kepada seluruh pasukan tentera.

“Ia bukan satu kapal biasa, kerana seperti yang kita ketahui, ia adalah kapal penyelidikan saintifik, semua anak kapal adalah sangat profesional,” kata Putin kepada Menteri Pertahanan, Sergei Shoigu dalam satu mesyuarat tergempar di Kremlin.

Kemalangan itu turut memaksa Putin membatalkan rancangannya untuk menghadiri satu forum di wilayah lain di negara berkenaan.

Putin berkata, antara mangsa, termasuk tujuh pegawai berpangkat Kapten Peringkat Pertama, iaitu pegawai paling kanan dalam tentera laut Russia.

Dua daripada mangsa pernah menerima anugerah Hero Russia, iaitu anugerah tertinggi yang diberikan oleh presiden. – AFP

Leave a Reply