Input your search keywords and press Enter.

Semakin ramai pelajar Singapura tertekan

M Update, 03/07/2019 –  Bilangan pelajar di Singapura yang mendapatkan bantuan psikiatri semakin bertambah ketika mereka bergelut mengatasi tekanan berterusan untuk cemerlang dalam akademik.

Kanak-kanak melaporkan gejala keresahan dan tekanan berkaitan sekolah seawal sekolah rendah, kata pakar, dan ada kes melampau yang menyaksikan pelajar didorong membunuh diri.

Remaja kerap berhadapan tempoh masa panjang di sekolah, kerja rumah banyak dan didesak ibu bapa mengikut tuisyen persendirian, yang memberi impak kepada kesihatan mental.

Laporan terbaru mendapati keseluruhan pelajar republik itu melaporkan tahap keresahan tinggi berbanding purata.

Kini, dalam usaha mengurangkan tekanan di sekolah, Singapura memulakan pembaharuan yang akan memansuhkan beberapa ujian akademik, dan mengubah proses aliran tegas.

“Kita perlu menyeimbangkan keseronokan belajar dan ketekunan dalam pendidikan,” kata Menteri Pendidikan, Ong Ye, di Parlimen awal tahun ini ketika mengumumkan beberapa perubahan.

Langkah dibuat ketika pihak berkuasa di Asia terpaksa menilai sama ada pelajar diselubungi tekanan untuk cemerlang.

Penilaian Kematian Kanak-Kanak Hong Kong menyenaraikan masalah dengan kerja sekolah sebagai antara punca utama kes bunuh diri dalam kalangan remaja. — AFP

Leave a Reply