Input your search keywords and press Enter.

Laluan KM77-KM78 Lebuhraya KLK Dibuka Semula

Foto Sekadar Hiasan

M Update, 04/01/2021 – ANIH Berhad memaklumkan bahawa kerja pembersihan dan pembaikan di sepanjang Kilometer (KM) 77 hingga KM78 arah timur KLK siap dan sudah dibuka kepada pengguna sejak 3 pagi semalam.

Sehubungan itu, Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad, Radzimah Mohd Radzi berkata, pengguna lebuh raya yang ingin ke pekan Karak tidak perlu membuat pusingan U sebelum Plaza Tol Karak. Pengguna lebuh raya boleh meneruskan perjalanan seperti biasa untuk sampai ke destinasi masing-masing. Bagaimanapun pengguna yang menghala ke Kuala Lumpur dari Karak masih perlu melakukan pusingan U di Plaza Tol Karak.

Pada masa ini, lorong kiri dan kanan menghala ke Kuala Lumpur dari KM66 hingga KM70 sudah dibuka sepenuhnya. Namun, pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk mematuhi papan tanda arah keselamatan apabila menghampiri lorong kontra bermula dari Sungai Dua, di KM74.8 hingga KM77.3 untuk memastikan keselamatan dan keselesaan semua,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – Anih Berhad