Input your search keywords and press Enter.

Dewan Rakyat Lulus Had Usia Belia Tak Lebih 30 Tahun

M Update, 4/7/2019 – Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 (Akta 668), antaranya menurunkan had umur belia daripada 40 tahun kepada 30 tahun.

RUU Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 diluluskan selepas dibahaskan hampir lima jam oleh 17 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang. RUU itu dibentangkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Selain menurunkan had umur, pindaan lain membabitkan peruntukan tempoh pemegang jawatan dalam sesuatu pertubuhan iaitu tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun pada tarikh pelantikannya. Syed Saddiq ketika membentangkan RUU itu untuk bacaan kali kedua, berkata pindaan pada akta berkenaan mampu memperkukuhkan peranan dan tanggungjawab belia di Malaysia.

Dewasa ini pertubuhan pergerakan belia sedia ada dilihat semakin lesu dan tidak lagi menjadi medium penting perhubungan belia dengan jumlah keahlian yang semakin berkurangan. Kelesuan pergerakan belia ini didasari dua faktor utama iaitu kegagalan mengadaptasi perubahan dalam corak gaya hidup dan pemikiran belia masa kini serta kurangnya pimpinan pelapis yang boleh menggantikan pemimpin belia sedia ada,” katanya.

Beliau berkata, kelesuan dalam pertubuhan pergerakan belia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana kementerian melihat pertubuhan terbabit masih relevan sebagai medium membangunkan belia. Pindaan ini menyasarkan supaya transisi kepemimpinan belia daripada belia berumur 40 kepada 30 tahun akan berlaku dalam persekitaran yang lebih tersusun dan sistematik.

Secara rasionalnya, Akta 668 akan memberi implikasi berganda kepada pembangunan belia dengan perubahan yang dilaksanakan terutama pindaan ke atas tafsiran had umur belia,” katanya. -BH Online

Leave a Reply