Input your search keywords and press Enter.

Tokong Tertua 133 Tahun Terbakar

M Update, 4/7/2019 – Tokong berusia 133 tahun dan antara tokong tertua di Pulau Pinang, terbakar malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, dalam kejadian 8.30 malam itu, bahagian stor Tokong Tua Pek Kong yang terletak di Jalan Pasar, dekat sini, musnah kira-kira 50 peratus.

Sepasukan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Mertajam dan BBP Bandar Perda tiba di lokasi kira-kira 30 minit selepas mendapat panggilan kecemasan. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa berlaku,” katanya dalam satu kenyataan. Katanya, punca kebakaran masih dalam siasatan.

Tokong Tua Pek Kong adalah sebuah tokong bersejarah di Bukit Mertajam yang didirikan pada tahun 1886 dan menjadi antara lokasi tumpuan pelancong serta penduduk setempat.

Leave a Reply