Input your search keywords and press Enter.

200 mayat ditemui dalam kubur besar di Syria

M Update, 04/07/2019 – 200 mayat termasuk mangsa yang dipercayai dibunuh kumpulan militan Daesh (IS) ditemui berhampiran bandar Raqa, Syria, kata pihak berkuasa tempatan hari ini.

Kubur besar itu mengandungi lima mayat lelaki pertengahan usia, lengkap dengan seragam berwarna oren yang biasa dipakai tahanan IS, kata Yasser al-Khamees dan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain.

“Mereka dirantai dan ditembak di kepala,” kata Khamees yang mengetuai operasi itu.

“Mangsa yang masih belum dikenal pasti itu dipercayai dibunuh lebih dua tahun lalu.”

Penyiasat turut menemui mayat tiga wanita yang dipercayai mati akibat direjam dengan batu.

Difahamkan, pasukan itu mula menemui kubur besar berkenaan awal Jun lalu di selatan Raqa, bekas ibu negara IS di Syria. Ia berkemungkinan mengandungi lebih 800 mayat.

Februari lalu, pasukan penggali menemui sebuah kubur besar yang mengandungi sehingga 3,500 mayat di Al-Fukheikha, di pinggir Raqa. Ia dipercayai kubur terbesar pernah ditemui pasukan penyiasat setakat ini. – AFP

Leave a Reply