Input your search keywords and press Enter.

40 tentera jatuh sakit, 4 kritikal diserang jangkitan virus

M Update, 05/07/2019 – Lebih daripada 40 anggota tentera dan rekrut di akademi di Switzerland dikejarkan ke hospital semalam selepas jatuh sakit secara tiba-tiba, kata sumber kerajaan.

Jabatan pertahanan Switzerland menerusi satu kenyataan tengahari semalam berkata, 43 rekrut dan anggota Akademi Jassbach di Linden, Bern Canton secara tiba-tiba mengalami masalah gastrik yang agak serius, termasuk cirit birit dan muntah.

“Akibatnya, 43 anggota terpaksa dikejarkan ke hospital dan kemudahan perubatan tentera dengan menaiki ambulans dan helikopter,” kata kenyataan itu lagi.

Jurucakap tentera memberitahu agensi berita ATS, empat anggota yang jatuh sakit itu berada dalam keadaan kritikal.

Pihak berkuasa masih berusaha mencari punca jangkitan namun sebagai langkah berjaga-jaga, kem di Bern itu sudah melaksanakan langkah kuarantin di tapak Jassbach yang mahir dalam latihan pertahanan siber, kata kenyataan itu. – AFP

Leave a Reply