Input your search keywords and press Enter.

MAIWP Salur RM2.5 Juta Kepada Mangsa Banjir Di Johor & Pahang

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

M Update, 29/01/2021 – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyalurkan bantuan keseluruhan bernilai RM2.5 juta bagi Misi Bantuan Banjir di Johor dan Pahang hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata masing-masing negeri akan menerima barangan keperluan seperti selimut tebal, dapur memasak, lampin pakai buang kanak-kanak, periuk nasi dan telekung yang jumlah keseluruhan bernilai RM1 juta untuk diserahkan kepada mangsa banjir.

“Selain itu setiap negeri juga menerima RM250,000 yang akan digunakan bagi membaik pulih kerosakan masjid dan surau,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Kemampuan untuk menyediakan peruntukan besar itu berjaya dilaksanakan oleh MAIWP hasil daripada komitmen pembayar zakat di Wilayah Persekutuan.

Zulkifli turut berterima kasih kepada semua pembayar zakat MAIWP kerana menerusi pembayaran itu MAIWP dapat melaksanakan amanah membantu mereka yang memerlukan.