Input your search keywords and press Enter.

Sesi Khas Soal Jawab Perdana Menteri Setiap Rabu

M Update, 9/7/2019 – Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju untuk mengadakan sesi khas Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) di Parlimen pada setiap Rabu.

“(Sebelum ini) bukan salah saya bila tak pergi Parlimen sebab tak ada soalan untuk saya. Selepas ini, kalau tak ada soalan pun saya kena pergi,” katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Perdana Menteri berkata, ahli Parlimen boleh mengemukakan soalan untuk beliau menjawabnya secara terus di Dewan Rakyat pada setiap minggu. Berkenaan sesi khas Soal Jawab Perdana Menteri, saya setuju dan akan muncul di Parlimen pada setiap Rabu untuk jawab soalan. – BH Online

Leave a Reply