Input your search keywords and press Enter.

PM : 18 Tahun Didaftarkan Automatik Boleh Mengundi

M Update, 9/7/2019 – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan bersetuju golongan muda berumur 18 tahun berhak mengundi dan mereka akan didaftar sebagai pengundi secara automatik.

“Kita bersetuju supaya anak muda berumur 18 tahun berhak mengundi dan mereka akan didaftar secara automatik,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata pendaftaran secara automatik itu akan disekalikan dalam pembentangan di Parlimen bagi pindaan Perlembagaan bagi menurunkan had umur layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

Leave a Reply