Input your search keywords and press Enter.

‘Hadiah Hari Lahir Paling Perit’

M Update, 12/7/2019 – Luluh hati seorang isteri selepas hasratnya menikmati makan malam istimewa sempena hari jadinya bersama pasangannya tidak kesampaian selepas suaminya maut dalam kemalangan di Kilometer 322 Lebuh Raya Pantai Timur 2 berhampiran Plaza Tol Kerteh, di sini malam tadi.

Suri rumah berusia 28 tahun itu dilihat tidak dapat menahan sebak di sisi mayat suaminya selepas bergegas ke lokasi kejadian sejurus dimaklumkan mengenai kemalangan berkenaan. Dalam kejadian jam 9 malam itu, suaminya, Mohd Shamsul Iftitah Husnan, 32, disahkan meninggal dunia akibat parah di bahagian kepala selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah kereta yang rosak di tepi lebuh raya berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Mohd Haki Hasbullah, berkata siasatan awal mendapati nahas berlaku ketika mangsa yang bekerja sebagai pegawai di ladang sawit milik Felcra Kampung Wa Dungun dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bandar Seri Bandi sempena cuti hujung minggu. Setibanya di lokasi kejadian, mangsa gagal mengelak sebuah kereta model Proton Wira Aeroback yang dipakir di tepi lebuh raya akibat rosak.

Mangsa dipercayai merempuh bahagian belakang kereta sebelum tercampak beberapa meter di atas jalan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, “katanya. Katanya, keluarga mangsa yang bergegas ke lokasi sejurus mendapat maklumat mengesahkan mayat berkenaan adalah ahli keluarga mereka. Mayat dibawa ke Bilik Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat. Kes akan disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – BH Online

Leave a Reply