Input your search keywords and press Enter.

Sawit: Malaysia, Indonesia Akan Cabar Peraturan EU Di WTO

M Update, 17/7/2019 – Malaysia dan Indonesia komited untuk mencabar Akta Perwakilan Kesatuan Eropah (EU) yang menyekat penggunaan minyak sawit dalam biobahan api menerusi pihak Badan Penyelesaian Pertikaian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) serta saluran lain yang bersesuaian.

Malah, kedua-dua negara itu turut meneliti hubungan dengan EU dan negara anggotanya, kata Kementerian Industri Utama (MPI) dalam satu kenyataan bersempena Mesyuarat Peringkat Menteri Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) kali ke-7 di sini, hari ini.

Kalangan menteri terbabit menyuarakan rasa kesal terhadap pelaksanaan Akta Perwakilan EU pada 10 Jun, 2019. Ia telah dikuatkuasakan walaupun pelbagai usaha sudah diambil oleh negara-negara pengeluar bagi menyampaikan maklumat mengenai inisiatif-inisiatif mapan yang dilaksanakan,” kata kementerian itu.

Selain itu, mesyuarat sama turut mencadangkan penubuhan Kumpulan Kerja CPOPC-EU Mengenai Minyak Sawit (JWG) yang berperanan sebagai platform baharu dan respon terhadap akta tersebut. Langkah ini diputuskan selepas mengambil kira kesediaan delegasi CPOPC dan EU untuk mengadakan dialog secara lebih kerap. – BH Online

Leave a Reply