M Update, 23/7/2019 – Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) akan ditutup sementara bagi memberi laluan acara berbasikal RHB Lekas Highway Ride 2019 pada 27 dan 28 Julai ini.
Lekas dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan penutupan sementara itu akan bermula dari 5 petang pada 27 Julai hingga 4 pagi, 28 Julai. Sebanyak 19 persimpangan akan ditutup bagi memastikan kelancaran dan keselamatan peserta. Penutupan jalan bermula dari Persimpangan Kajang Selatan hingga ke Persimpangan Paroi.
Bagi laluan alternatif, pengguna dari arah utara (Kuala Lumpur, Cheras, Kajang) dan arah selatan (Seremban, Senawang dan Kuala Pilah) dinasihatkan agar menggunakan Jalan Persekutuan 1 atau Lebuhraya PLUS,” menurut kenyataan itu.
Untuk maklumat lanjut dan bantuan, orang ramai boleh menghubungi talian info di 1 800 888 021 atau Twitter @LEKAStrafik dan Facebook LEKAS Highway.