Input your search keywords and press Enter.

Maut Ditetak Sekumpulan Lelaki

M Update, 31/7/2019 – Juruteknik maut manakala rakannya yang juga pemandu lori cedera ditetak sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dalam pergaduhan berhampiran sebuah kuil di Batu Caves, Gombak, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Arshad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang wanita mengenai pergaduhan itu jam 10.55 malam tadi. Menurut saksi, kira-kira 20 lelaki bersenjatakan parang yang menaiki 10 kereta tanpa nombor pendaftaran datang ke lokasi terbabit sebelum menyerang kedua-dua mangsa.

Pergaduhan itu menyebabkan mangsa berusia 33 tahun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat tetakan pada badan, manakala seorang lagi mangsa berusia 35 tahun dilaporkan cedera di tangan akibat ditetak,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Arshad berkata, motif kejadian dipercayai berpunca daripada dendam lama.

Seramai lelaki berusia antara 19 hingga 27 tahun yang bekerja sebagai pembungkus sayur, pemandu grab serta penganggur ditahan berhampiran lokasi kejadian awal pagi tadi bagi membantu siasatan. Semua individu yang ditahan direman selama enam hari bermula hari ini hingga 5 Ogos nanti untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. – HM Online

Leave a Reply