Input your search keywords and press Enter.

Anak lelaki bekas pemimpin Al-Qaeda meninggal

M Update, 01/08/2019 – Anak lelaki bekas pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden dipercayai mati, lapor beberapa media tempatan.

AFP yang memetik NBC News melaporkan, tiga pegawai kerajaan Amerika Syarikat mengesahkan mereka mempunyai maklumat terhadap kematian Hamza bin Laden namun tidak mendedahkan butiran tempat atau tarikh sebenar.

New York Times yang memetik dua pegawai pula berkata Hamza maut dalam satu operasi membabitkan AS dua tahun lalu.

Bagaimanapun, Presiden Donald Trump yang ditanya wartawan di Pejabat Oval tidak mengesahkan atau menafikan laporan NBC News itu.

Kedua-dua laporan itu mencadangkan kemungkinan Hamza terbunuh sebelum AS mengumumkan ganjaran AS$1 juta (RM4.14 juta) untuk memburunya pada Februari lalu.

Leave a Reply