Input your search keywords and press Enter.

Ingat Selamatlah Tu…

M Update, 2/8/2019 – Pasukan Polis Marin (PPM) merampas rokok disyaki tidak bercukai kastam bernilai RM19,660.20 dalam serbuan di sebuah rumah di FELDA Tenggaroh, Jemaluang, Mersing.

Seorang lelaki tempatan yang juga peneroka FELDA berusia 60 tahun turut ditahan bersama 151 karton rokok dalam kejadian kira-kira jam 8 malam, Rabu lalu itu.

Serbuan itu dijalankan seorang pegawai dan 10 anggota Unit Risikan Marin PPM Wilayah Dua Mersing, Pengerang dan Markas PPM Johor menerusi Op Landai.

Hasil pemeriksaan ke atas premis terbabit turut menemui sejumlah rokok disyaki rokok tidak bercukai.

Hasil pemeriksaan susulan, PPM menjumpai rokok tidak bercukai kastam di simpan di dalam kotak berwarna coklat di kawasan bilik air. Tangkapan dan rampasan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing untuk proses dokumentasi. Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply