Input your search keywords and press Enter.

Hukuman Sebat, Wanita Marayu Diampunkan

M Update, 02/08/2019 – Seorang wanita merayu diampunkan manakala seorang lagi menangis teresak-esak ketika disebat di khalayak ramai kerana melakukan maksiat, di sini, semalam.

Dua wanita itu dan seorang lelaki bukan Islam antara 11 pesalah dihukum sebat di luar sebuah masjid sambil disaksikan puluhan orang awam.

Pegawai syariah bertopeng menyebat bahagian belakang pesalah antara lapan hingga 32 kali menggunakan rotan.

Pesalah yang terdiri daripada enam lelaki dan lima wanita muda ditahan pegawai syariah kerana berkelakuan sumbang.

Wanita berusia 19 tahun yang ditangkap basah bersama seorang lelaki dalam sebuah bangunan menangis sebaik sebatan bermula.

Manakala lelaki bukan Islam itu dirotan sebanyak 24 kali kerana berdua-duaan dengan seorang wanita dalam sebuah bilik hotel.

Sebelum ini, kumpulan hak asasi menyelar hukuman sebat di tempat awam kerana dianggap sebagai kejam, malah Presiden Indonesia, Joko Widodo pernah meminta hukuman itu dimansuhkan.

Bagaimanapun, hukuman sebat masih mendapat sokongan luas penduduk Aceh.

Leave a Reply