Input your search keywords and press Enter.

Ciuman Maut

M Update, 08/08/2019 – Keghairan satu pasangan kekasih bercumbu di atas jambatan membawa maut apabila mereka tergelincir dan terhempas di jalan raya dari ketinggian kira-kira 25 meter

Mail Online melaporkan, Maybeth Espinoz dan Hector Vidal dalam perjalanan pulang ke rumah selepas berhibur di sebuah kelab malam di Cusco pada Sabtu lalu sebelum mereka berhenti di atas jambatan.

Kejadian itu turut dirakam kamera keselamatan dan tular di media sosial baru-baru ini.

Dalam rakaman berkenaan, pasangan itu dilihat berhenti di atas jambatan sebelum Maybeth duduk di atas besi penghadang.

Pasangan itu kemudiannya bercumbu dan berpelukan di atas jambatan berkenaan.

Bagaimanapun, Maybeth tiba-tiba hilang keseimbangan dan terjatuh ke belakang lalu menarik Vidal bersamanya.

Media tempatan melaporkan, Maybeth maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas terhempas di jalan raya.

Vidal pula dilaporkan cedera parah di kepala tetapi disahkan meninggal dunia beberapa hari selepas dirawat di hospital.

Akhbar Panamerica melaporkan, pasangan itu adalah pendaki gunung profesional dan mereka baru berpindah ke Cusco untuk menjadi pemandu pelancong.

Mayat pasangan itu dihantar pulang ke kampung halaman mereka di Ancash, utara Peru untuk dikebumikan.

Leave a Reply