Input your search keywords and press Enter.

Sorok Ikan Konon Selamat

M Update, 15/8/2019 – Gara-gara peniaga menyorokkan hasil tangkapan di bawah meja selain meletakkannya di tepi dinding berhadapan kilang ais berhampiran sebelum dijual akhirnya dihidu oleh pihak Paukan Polis Marin Kota Kinabalu.

Dalam operasi bersama Jabatan Perikanan Sabah pada 12.30 tengah hari semalam, 50 kilogram ikan dipercayai ditangkap menggunakan bahan letupan telah dirampas.

11 meja peniaga ikan diperiksa dalam operasi itu dan pemeriksaan terhadap pelbagai jenis ikan dilakukan sendiri pegawai Jabatan Perikanan bagi mengenal pasti ikan yang ditangkap menggunakan bahan letupan.

Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM700 bersama tong warna merah. Kes diserah kepada Jabatan Perikanan dan disiasat mengikut Seksyen 26(1)(c) Akta Perikanan 1985.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply