Input your search keywords and press Enter.

Blue Devil – 2 Orang Lans Koperal Ditahan

M Update, 15/8/2019 – Dua Lans Koperal di Sarawak ditahan selepas positif dadah menerusi Operasi Blue Devil yang dijalankan sejak 13 Ogos lalu.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Dev Kumar, berkata penahanan itu dibuat berdasarkan ujian saringan awal air kencing dua anggota itu yang disyaki positif syabu.

“Anggota terbabit ditahan semalam di Kota Samarahan dan Kuching. Mereka adalah antara 80 pegawai dan anggota polis di Sarawak yang menjadi sasaran kerana penyalahgunaan dadah,”

Operasi Blue Devil adalah untuk mengesan dan membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kedua-dua anggota kini ditahan untuk permohonan reman bagi membantu siasatan.

Leave a Reply