Input your search keywords and press Enter.

Kertas Siasatan Kes Syed Muhammad Danial Diserah Kepada DPP

M Update, 19/8/2019 – Kertas siasatan kes kematian Syed Muhammad Danial Syed Syakir diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) hari ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata, polis telah melengkapkan kertas siasatan dan meyerahkannya kepada DPP untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya, polis mengekalkan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan DPP akan menilai sama ada akan mengekalkan seksyen sama dalam pertuduhan atau sebaliknya.

Dalam kejadian jam 1.40 petang, 10 Ogos lalu, Syed Muhammad Danial, 29, maut setelah berlaku perselisihan faham dengan seorang lelaki dalam kemalangan kecil di Kilometer 293.5 Lebuhraya Utara-Selatan.

Berikutan itu, sepasang suami isteri masing-masing berumur lingkungan awal 40-an dan lewat 30-an ditahan reman bagi membantu siasatan. – SH Online


Leave a Reply