Input your search keywords and press Enter.

Liputan Terakhir

Nancy Parker

M Update, 19/08/2019 –  Seorang penyampai berita maut selepas pesawat dinaiki terhempas berhampiran Lapangan Terbang Lakefront, New Orleans, ketika dia melakukan liputan lagak ngeri juruterbangnya, Jumaat lalu.

Kejadian berlaku ketika Nancy Parker, 53, wartawan stesen televisyen WVUE membuat liputan mengenai juruterbang aksi lagak ngeri Franklin J P Augustus untuk sebuah rancangan.

Liputan itu menyaksikan Augustus melakukan aksi bagi memperingati jasa sekumpulan juruterbang Perang Dunia Kedua Afrika-Amerika yang dikenali sebagai Tuskegee Airmen.

Pesawat yang musnah akibat terbakar sejurus terhempas.

Lapor news.com.au, pesawat itu terbakar sejurus terhempas dan mangsa bersama juruterbang maut di tempat kejadian.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan dalam satu kenyataan berkata, punca pesawat Pitts S-2B buatan 1983 itu terhempas masih tidak diketahui.

Kemalangan itu kini disiasat Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara.

Tragedi itu disahkan WVUE dalam satu kenyataan dan juga suami Nancy, Glynn Boyd di Facebook.

Ibu kepada tiga anak itu berkhidmat di WVUE sejak 27 tahun lalu.

Leave a Reply