Input your search keywords and press Enter.

Pekebun Kecil Sawit Digesa Rebut Insentif Miliki MSPO

M Update, 19/8/2019 – Pekebun kecil kelapa sawit di seluruh negara digesa merebut peluang insentif pembiayaan 100 peratus disediakan kerajaan bagi mendapatkan pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO) yang akan berakhir 31 Disember ini.

Ketika membuat gesaan itu, Menteri Industri Utama Teresa Kok berkata ini penting memandangkan setakat Julai lepas, hanya 47 peratus daripada keseluruhan 5.8 juta hektar kawasan tanaman sawit pekebun kecil persendirian telah memperoleh sijil tersebut.

“Saya tahu kesedaran terhadap MSPO belum sampai ke akar umbi dan ramai pekebun kecil tidak tahu mengenainya. You are able to adjust these options so that you can quickly play again if you like the game or have changed your mind about which bet you wish to play. https://clickmiamibeach.com/ Itu yang menyebabkan saya ke seluruh negara bagi menerangkan perkara ini. Kita berharap dapat capai 70 atau 80 peratus menjelang akhir tahun ini dan akan teruskan lagi (usaha mendapatkan MSPO) pada tahun depan. Ini akan turut memberi gambaran baik kepada masyarakat antarabangsa.

MSPO bertujuan mengesahkan bahawa produk sawit dihasilkan secara mampan tanpa mencemarkan alam sekitar, menggunakan kaedah selamat dan amalan pertanian baik selain memenuhi matlamat negara bagi penghasilan produk lestari yang selari dengan permintaan pasaran antarabangsa. – Bernama

Leave a Reply