Input your search keywords and press Enter.

Dr M : Lynas Tidak Bahaya Kata Pakar

M Update, 19/8/2019 – Tun Dr Mahathir Mohammad berkata kerajaan akan tetap berpegang kepada keputusan berhubung pembaharuan lesen operasi kilang nadir bumi, Lynas Malaysia Sdn Bhd, dan akan mengikut pandangan pakar serta saintis yang memahami mengenai bahaya sisa radioaktif.

Perdana Menteri berkata kerajaan tidak boleh selalu mendengar pandangan popular terutamanya apabila ada segelintir pihak yang menggunakan media alternatif untuk menyalurkan idea mereka sehingga siapapun yang menentang akan dikecam.

Sekarang saya mahu mengikut apa yang dilaporkan oleh pakar. Jika ia merupakan bahan sangat berbahaya, maka kita tentu akan menyelesaikannya, Tetapi laporan itu mengatakan bahawa (ia) tidak berbahaya…sisa diletakkan di satu tempat sahaja.

Mungkin terdapat satu penumpuan…kita bersedia untuk menyuraikannya tetapi kita tidak boleh eksport kerana tiada siapa yang mahu menerimannya, dan kita tidak boleh membuangnya ke laut juga kerana ikan akan mati. Jika betul, kita mahu mengikut pandangan pakar,” kata beliau.

Dr Mahathir mengulas dakwaan oleh beberapa pihak bahawa pembaharuan lesen Lynas merupakan suatu yang memalukan negara. Pada 15 Ogos, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) mengumumkan lesen operasi kilang nadir bumi milik syarikat perlombongan Australia, Lynas Corp itu diperbaharui selama enam bulan. Bagaimanapun, pembaharuan lesen Lynas, yang beroperasi di Gebeng Kuantan itu, kali ini disertakan dengan tiga syarat utama.

Perdana menteri juga menjelaskan bahawa adalah sukar bagi kerajaan untuk memutuskan mengenai isu itu selepas pakar mengesahkan bahawa tidak bahaya.

“Pandangan orang ramai satu perkara, pandangan pakar pula satu perkara lagi. Adakah kamu mengikut pandangan popular atau mengikut pandangan pakar Jika mengikut pandangan popular, tiada apa yang boleh dilakukan kerana setiap kali kita bercadang melakukan sesuatu, akan ada yang menentangnya,” katanya.

Pengkritik amat prihatin terhadap kesan buruk potensi kesihatan yang sisa radioaktif yang mungkin berpengaruh pada masyarakat setempat. Pembaharuan permit Lynas menjadi topik hangat memandangkan ia adalah pengeluar utama bumi nadir di dunia di luar China. – Bernama

Leave a Reply