M Update, 22/8/2019 – Kedua-dua terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kini mengalami gangguan sistem sementara.
“Sejak gangguan itu (berlaku), pasukan kami telah bekerja sepanjang masa, bukan hanya untuk memulihkan keadaan tetapi juga meminimumkan kesulitan yang dialami penumpang. Kami akan mengeluarkan maklumat terkini selanjutnya mengenai situasi ini sama ada menerusi platform media sosial atau siaran akhbar.
“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul,” menurut Malaysia Airports.
Gangguan itu telah menjejaskan beberapa sistem lapangan terbang seperti sambungan WiFi, Sistem Paparan Maklumat Penerbangan (FIDS), kaunter-kaunter daftar masuk dan Sistem Pengendalian Bagasi (BHS). Operator lapangan terbang itu, Malaysia Airports dalam kenyataan berkata gangguan itu bermula malam tadi dan kini sedang diperbaiki.
Semua kakitangan lapangan terbang yang berkaitan ditugaskan untuk membantu penumpang di lapangan kerana kami menjangkakan keadaan ini akan berterusan sepanjang hari ini,” kata kenyataan itu hari ini.
Malaysia Airports juga menasihati para penumpang untuk tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya empat jam sebelum waktu berlepas penerbangan mereka dan memeriksa dengan syarikat penerbangan untuk jadual penerbangan terkini.
Sumber : BERNAMA