Input your search keywords and press Enter.

Sarapan Percuma Murid Sekolah Akan Dipantau KKM

M Update, 27/8/2019 – Kementerian Kesihatan akan memantau penyediaan makanan percuma kepada murid sekolah rendah yang akan dilaksanakan Kementerian Pendidikan, tahun depan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata langkah itu penting bagi memastikan makanan yang dibekalkan selamat dimakan dan mempunyai nutrisi penting kepada murid terbabit.

“Kementerian Kesihatan akan tentukan dua aspek, satu keselamatan kepada makanan itu dan satu lagi penentuan nutrisi dan diet makanan. Bagi aspek lain akan ditentukan Kementerian Pendidikan sendiri,” katanya pada sidang media hari ini.

Semalam, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata seramai 2.7 juta murid sekolah rendah di seluruh negara akan akan menikmati sarapan berkhasiat secara percuma mulai Januari depan. Inisiatif itu diperkenalkan bagi memastikan murid terus kekal sihat dan cergas di samping dapat membantu mereka memberi tumpuan sebaik mungkin dalam pelajaran setiap hari.

Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata, pihaknya akan memantau program berkenaan membabitkan proses penyediaan makanan, dan cara ia dihidangkan sebagaimana yang pernah dibuat menerusi kempen pembekalan susu 1Malaysia oleh kerajaan terdahulu.

Leave a Reply