Input your search keywords and press Enter.

Jerebu: Malaysia Hantar Nota Diplomatik Kepada Indonesia

M Update, 6/9/2019 – Malaysia akan menghantar nota diplomatik kepada Kerajaan Indonesia supaya negara berkenaan segera memadamkan kebakaran bagi memastikan kesan jerebu melanda negara ini tidak menjadi lebih teruk.

Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Isnaraissah Munirah, berkata Malaysia menyuarakan kebimbangan selepas mengambil kira sejumlah 1,393 tompok panas dikesan di Indonesia dengan 1,087 daripadanya berada di Kalimantan. Berdasarkan laporan ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) pada 5 September lalu, imej satelit Pengurusan Atmosfera dan Laut Nasional (NOAA) 20 turut mengesan 17 tompok panas di negara ini, masing-masing dua tompok panas di Johor dan Pahang, satu tompok di Perak dan 12 tompok di Sarawak.

Bagaimanapun, jerebu merentas sempadan adalah punca utama jerebu berlaku di seluruh negara,” katanya dalam sidang media di Pejabat Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak, di sini, hari ini. Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sarawak pada jam 12 tengah hari tadi semakin buruk selepas Kuching merekodkan bacaan tidak sihat iaitu 140, Samarahan (132), Sri Aman (176), Sarikei (115), Sibu (124), Mukah (102) dan Miri (142).

Isnaraissah berkata, pada 6 Ogos lalu, Malaysia sudah membangkitkan isu jerebu rentas sempadan pada Mesyuarat Ke-21 Technical Working Group (TWG) and Sub-Regional Ministerial Steering Comittee (MSC) on Transboundary Hazard Pollution dihadiri Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand.

Negara ahli MSC juga sudah bersetuju meningkatkan kerjasama menangani pencemaran jerebu rentas sempadan. Malaysia percaya, semua negara ahli MSC sedang berusaha sebaik mungkin menyelesaikan masalah jerebu ketika ini,” katanya.

Sumber : BH Online

Leave a Reply