Input your search keywords and press Enter.

Balai Polis Ulu Tiram Diserang Lelaki Bertopeng, 2 Anggota Maut

M Update, 17/05/2024 – Dua anggota polis terbunuh, manakala seorang lagi cedera dalam serangan dilakukan seorang lelaki yang menceroboh masuk Balai Polis Ulu Tiram, di sini jam 2.54 pagi tadi.

Kejadian itu berlaku apabila seorang lelaki bertopeng dan berpakaian gelap yang bersenjatakan parang menyerang balai polis berkenaan. Suspek terlebih dahulu menyerang dua anggota polis bertugas dan merampas dua laras senjata.

Mangsa ditetak di bahagian belakang leher dan kepala, manakala seorang lagi ditembak pada bahu dan perut. Anggota polis dan suspek yang maut dihantar ke bahagian forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) manakala anggota yang mengalami kecederaan dirawat di hospital berkenaan.

Dalam kejadian itu suspek turut ditembak mati di tempat kejadian. Ini disahkan oleh Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar. Siasatan lanjut masih dijalankan oleh polis.

Difahamkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam perjalanan ke tempat kejadian.

Salam takziah kepada anggota PDRM yang cedera dan maut.