M Update, 17/9/2019 – Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin menggesa seluruh lapisan masyarakat untuk bersama-sama warga ATM menjaga keselamatan dan kedaulatan negara ini.
Dengan adanya kesepaduan antara rakyat dan pasukan keselamatan, sudah pasti daulat negara tercinta tidak dapat diganggu gugat, katanya. Tanpa kewujudan ATM, pastinya negara terdedah dengan pelbagai ancaman yang boleh mengganggu gugat keamanan dan kedaulatan negara,” katanya.
“ATM adalah insurans atau jaminan terhadap kelestarian pertahanan negara dan sebagai perisai negara, kami warga ATM sanggup berkorban jiwa raga serta jujur dalam melaksana amanah,” katanya. Oleh itu, tindakan sesetengah pihak yang masih mempertikai kewujudan ATM dengan mengatakan ia satu bentuk kerugian dan pembaziran wang ringgit semata-mata adalah tidak berasas.
Mengulas lanjut, beliau berkata ketika ini, terdapat 5,000 warga ATM melaksanakan tugas di dalam dan luar negara. Mereka ini diletakkan dalam kesiapsiagaan tinggi di kem atau pangkalan seluruh negara selain ada yang melaksanakan rondaan dan mengawasi sempadan perbatasan di darat, laut dan udara,” katanya.
Dalam pada itu, Zulkifli turut menggesa seluruh lapisan masyarakat untuk bersama-sama warga ATM menjaga keselamatan dan kedaulatan negara ini. Dengan adanya kesepaduan antara rakyat dan pasukan keselamatan, sudah pasti daulat negara tercinta tidak dapat diganggu gugat.
“ATM juga ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat yang masih setia dan menaruh keyakinan, kepercayaan dan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada ATM,” katanya.
Sambutan Hari ATM akan diadakan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak pada 27 Sept ini. – BERNAMA