Input your search keywords and press Enter.

Jerebu : 7 Lokasi Catat IPU Tak Sihat

M Update, 19/9/2019 – Lokasi merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat sehingga jam 9 pagi ini.

Berdasarkan aplikasi MyIPU Jabatan Alam Sekitar, lokasi terbabit adalah Balik Pulau, Pulau Pinang yang merekodkan bacaan IPU 210.

Namun, ia mencatatkan sedikit penurunan berbanding 262 pada jam 4 petang semalam.

Enam lokasi lain adalah Sibu (239), Sarikei (230), Sri Aman (206), Samarahan (230), Mukah (201) dan Kuching (273 ).

Sementara itu, 39 lokasi lain termasuk Putrajaya merekodkan bacaan IPU tidak sihat antara 101 hingga 200.

IPU terkini Putrajaya adalah 145 berbanding 201 (sangat tidak sihat) pada jam 4 petang semalam.

Lokasi terbabit adalah Cheras, Batu Muda, Kuala Selangor, Petaling Jaya, Shah Alam, Klang, Banting, Johan Setia Klang, Nilai, Seremban, Port Dickson, Alor Gajah, Bukit Rambai, Bandaraya Melaka, Segamat, Batu Pahat, Kluang, Larkin, Pasir Gudang, Pengerang, Kota Tinggi, Tangkak, Kemaman dan Kuala Terengganu.

Selain itu, bacaan IPU di stesen Sungai Petani, Kulim Hi Tech, Seberang Jaya, Seberang Prai, Minden, Taiping, Tasek Ipoh, Pegoh Ipoh, Seri Manjung juga mencatatkan tahap tidak sihat.

IPU di ILP Miri, Miri, Samalaju, Bintulu turut merekodkan bacaan kategori tidak sihat setakat jam 9 pagi tadi.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply