Input your search keywords and press Enter.

Pengantin Perempuan Hamil Maut

M Update, 20/09/2019 – Hari bahagia sepasang pengantin bertukar tragedi apabila pengantin perempuan yang hamil maut akibat strok ketika dalam perjalanan ke gereja untuk majlis perkahwinannya di Sao Paulo, baru-baru ini.

Jessica Guedes, 30, dilaporkan enam bulan hamil dan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan, namun mengadu tidak sihat ketika dalam kereta.

Memetik Daily Mail, pada mulanya, keluarga Jessica menyangka dia sekadar gementar, tetapi wanita itu tiba-tiba pengsan sebelum meninggal dunia sejurus selepas doktor melakukan pembedahan kecemasan untuk menyelamatkan anaknya.

Pengantin lelaki, Flavio Goncalvez memberitahu majalah Crescer, dia mula bimbang apabila Jessica mengambil masa terlalu lama untuk tiba di gereja.

“Apabila dia sampai saya sempat menemuinya dalam keadaan sedar. Jessica berkata, dia dalam keadaan baik cuma sakit pada bahagian tengkuk.

“Saya terus mengeluarkannya dari kereta dan mula memberi rawatan kecemasan,” katanya yang juga anggota bomba.

Menurut laporan perubatan, Jessica diserang strok akibat preeklampsia dan pendarahan dalaman yang menyebabkan dia mati otak.

Leave a Reply