Input your search keywords and press Enter.

Kecacatan Rekaan Punca Nahas Pesawat Boeing 737 MAX

M Update, 23/09/2019 –  Penyiasat Indonesia mendapati rekaan dan kegagalan mengesan kepincangan adalah antara punca utama nahas membabitkan pesawat Boeing 737 MAX Oktober lalu, kata Wall Street Journal (WSJ) semalam.

Deraf hasil siasatan rasmi pertama kerajaan itu menyimpulkan bahawa terdapat kecacatan pada rekaan dan kelulusan kawal selia Amerika Syarikat (AS).

Ia turut mengenal pasti beberapa kesilapan juruterbang dan penyelenggaraan sebagai faktor penyebab kepada nahas Lion Air, yang mengorbankan semua 189 penumpang, kata WSJ.

Jurucakap Boeing berkata, pengeluar pesawat itu akan terus menawarkan sokongan kepada penyiasat sehingga laporan itu selesai.

Difahamkan penyiasat nahas terbabit juga bakal mengumumkan sejumlah syor-syor keselamatan secara berasingan. Ia termasuk mempertingkatkan kemahiran penerbangan manual juruterbang dan meningkatkan penyelidikan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) terhadap reka bentuk pesawat baru, kata akhbar itu.

Menjelang akhir bulan ini, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara AS dijangka menyarankan pembaharuan dalam latihan kokpit dan keputusan yang dibuat anak kapal.

Ia dijangka akan turut memberi tumpuan kepada perubahan berpotensi dalam mengesahkan pesawat udara baru, kata WSJ. – Reuters

Leave a Reply