Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

September 2019

Riau Menjadi Kuning Akibat Asap Tebal

M Update, 18/09/2019 –  Tahap kualiti udara yang semakin buruk susulan kebakaran tanah dan hutan di Indonesia menyebabkan seluruh Kabupaten Pelalawan, Riau menjadi kuning akibat asap tebal yang menyelubungi kawasan itu. Kompas yang memetik seorang penduduk, Huda berkata, asap kuning itu mula kelihatan kira-kira jam 9 pagi dan ia adalah…

Jerebu – Dua Penerbangan Patah Balik, Satu Dilencongkan

M Update, 18/9/2019 – Dua penerbangan masuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) berpatah balik hari ini berikutan jarak penglihatan terhad ekoran jerebu yang semakin teruk di negeri ini. Pengurus Kanan LTAPP Mohd Nadzim Hashim berkata kedua-dua penerbangan itu masing-masingnya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan…

Jerebu : Jumlah Sekolah Ditutup Meningkat

M Update, 18/9/2019 – Jumlah sekolah ditutup akibat jerebu di Selangor hari ini meningkat kepada 538 sekolah berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan berkenaan di tahap sangat tidak sihat sehingga jam 6 pagi tadi. Pejabat Pendidikan Selangor melalui satu kenyataan pagi ini memaklumkan sekolah yang ditutup berada bawah seliaan…

Budak 11 Tahun Kahwin Paksa Dengan Sepupu

M Update, 18/09/2019 –  Pihak berkuasa Iran membatalkan perkahwinan seorang budak perempuan berusia 11 tahun yang dikatakan dipaksa berkahwin dengan sepupu berusia 22 tahun selepas rakaman video perkahwinan itu tular di media sosial dan mencetuskan kemarahan orang ramai. Perkahwinan itu berlangsung di daerah Bahmaei pedalaman Iran, pada 26 Ogos lalu…

Prasarana : Dua Tren Monorel Empat Gerabak Mula Beroperasi

M Update, 18/9/2019 – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yakin mampu membawa sehingga 70,000 penumpang sehari bagi laluan monorel dengan dua set tren monorel empat-gerabak yang beroperasi bermula semalam. Dalam satu kenyataan, Prasarana memaklumkan bahawa melalui penambahan dua tren, ia telah meningkatkan jumlah tren yang digunakan untuk laluan monorel kepada lima…

Serangan Bom Di Kempen Pilihan Raya

M Update, 18/09/2019 – Serangan bom berdekatan perhimpunan kempen pilihan raya Presiden Afghanistan Ashraf Ghani di wilayah Parwan dekat sini, semalam, menyebabkan 24 terbunuh, dipercayai dilakukan penyerang nekad Taliban. Penyerang menunggang motosikal dan meletupkan bom di sekatan jalan raya ketika orang ramai bergerak ke arah tempat perhimpunan. Pengarah hospital di…

Orang Utan Terjejas Akibat Jerebu

M Update, 18/09/2019 –  Sebanyak 355 orang utan di pusat rehabilitasi Samboja Lestari, Kalimantan Timur terjejas akibat jerebu teruk di wilayah Indonesia itu. Yayasan Penyelamatan Orangutan Borneo dalam satu kenyataan hari ini berkata 37 orang utan muda disyaki mengalami jangkitan pernafasan ringan. “Jerebu tebal bukan saja menjejaskan kesihatan kakitangan kami…

Jerebu: Semua sekolah di Putrajaya masih ditutup

M Update, 18/9/2019 – Kesemua 25 sekolah di Putrajaya ditutup hari ini susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang memasuki tahap sangat tidak sihat pagi ini. Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Farizah Ahmad, berkata berdasarkan bacaan IPU yang telah mencecah 200 mulai 6 pagi ini, adalah dimaklumkan bahawa semua sekolah…

Ikan Misteri Bermata Besar

M Update, 17/09/2019 – Seorang remaja terkejut apabila menemui spesies ikan pelik bermata besar kelihatan seperti makhluk asing yang ditangkap ketika memancing di luar pantai Andoya, Norway. Daily Mail melaporkan, Oscar Lundahl, 19, ingin menangkap ikan halibut biru sebelum mata kailnya tersangkut pada ikan misteri itu ketika memancing pada kedalaman…