Input your search keywords and press Enter.

Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen Ke-14 Bermula Hari Ini

M Update, 7/10/2019 – Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Sidang Parlimen Ke-14 bermula hari ini dan akan berlangsung selama 36 hari hingga 5 Disember ini.

Antara yang akan menjadi tumpuan pada persidangan kali ini ialah pembentangan Belanjawan 2020 oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, pada 11 Oktober ini. Pada persidangan kali ini juga, Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019 dijangka dibentangkan untuk bacaan kali kedua.

IPCMC dibentang buat kali pertama di Dewan Rakyat pada 18 Julai lalu oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Liew Vui Keong. Penubuhan IPCMC bertujuan menggantikan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) ke arah meningkatkan integriti dan keupayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beberapa RUU baharu akan turut dibentangkan pada persidangan kali ini iaitu berkaitan derma politik dan penubuhan ombudsmen. Selain itu, RUU bagi meminda hukuman mati mandatori dan RUU berkaitan program bank makanan dijangka turut dibentangkan.

Pada sesi ini juga, Kementerian Pertahanan dijangka membentangkan kertas putih menggariskan pelan pembangunan keupayaan terkini Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Sementara itu, Dewan Negara pula akan bersidang selama lapan hari bermula 9 Disember hingga 19 Disember depan.

Leave a Reply