Input your search keywords and press Enter.

Tanah Runtuh : 64 Penghuni Apartment Di Sri Penchala Pindah

M Update, 11/10/2019 – Seramai 64 penduduk sebuah pangsapuri di Jalan Sri Penchala 1, Kampung Sri Penchala, di sini, terpaksa dipindahkan selepas kediaman mereka terjejas akibat tanah runtuh, malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tanah runtuh berhampiran pangsapuri itu pada jam 9.08 malam.

Sepasukan enam anggota bomba bersama 13 anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi dan Penyelamat (STORM) dan sebuah jentera diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tun Ismail, Mohd Zuhair Faisal Zulkifli dikerah ke lokasi kejadian. Sebaik tiba 10 minit kemudian, pasukan mengesan terdapat kejadian tanah runtuh di belakang pangsapuri terbabit.

Pemeriksaan lanjut mendapati pangsapuri dalam keadaan yang tidak selamat untuk diduduki dan seramai 64 penghuni dari 24 unit kediaman terpaksa dipindahkan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. Kesemua penduduk terbabit dipindahkan sementara ke Pusat Komuniti Taman Tun Dr Ismail. Operasi turut membabitkan anggota BBP Cheras, BBP Keramat dan dibantu pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Polis pula berada di lokasi kejadian bagi melakukan kawalan keselamatan juga ada membuat kawalan keselamatan. Operasi turut ditangguhkan buat sementara dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Leave a Reply