Input your search keywords and press Enter.

Rina : Lebih Ramai Ketua Kampung Wanita

M Update, 14/10/2019 – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mahu pembabitan wanita sebagai ketua kampung ditingkatkan supaya mencapai sasaran 30 peratus di seluruh negara menjelang 2020.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun, menegaskan wanita turut berupaya memimpin jika diberikan pendedahan dan kesedaran sewajarnya. Malah, beliau berkata, mereka sudah membuktikan kemampuan sebagai menteri dan EXCO, justeru golongan itu juga boleh menerajui komuniti masing-masing sebagai ketua kampung.

“Ada sejumlah 15,441 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di seluruh negara dengan difahamkan, seramai 819 wanita menjadi ketua kampung. Malah, yang paling muda berusia 19 tahun dan ia adalah satu perkara harus dibanggakan. Bilangan itu mencapai 24 peratus dan kita menyasarkan 30 peratus menjelang 2020,” katanya.

Seterusnya, Rina meminta usahawan wanita di luar bandar memberanikan diri berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi membolehkan perniagaan diceburi terus berkembang pada masa depan. Katanya, ramai usahawan berkenaan didapati enggan mendaftarkan perniagaan masing-masing kerana mahu menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) daripada kerajaan.

Beliau berkata, mereka tidak boleh sekadar melihat pada bantuan skim seperti itu sehingga mengambil keputusan tidak mahu berdaftar. Usahawan wanita perlu sedar betapa penting untuk mereka berdaftar dengan SSM supaya memperoleh banyak manfaat dan memajukan perniagaan ke arah lebih baik,” katanya.

Leave a Reply