Input your search keywords and press Enter.

Hina PM, KPN : Polis Kerjasama Interpol Kesan Naavin Pillai

M Update, 16/10/2019 – Individu yang bertanggungjawab memuat naik kenyataan menyamakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan anjing di laman sosial Twitter baru-baru ini dikesan sudah meninggalkan negara sejak tahun 2007.

Justeru, PDRM akan mendapatkan bantuan Polis Antarabangsa (INTERPOL) untuk membawa pulang lelaki berkenaan bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadapnya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata pihaknya sudah pun mengenal pasti latar belakang individu yang menggunakan nama Navin Pillai di laman sosial Twitter itu.

Individu berusia 38 tahun berkenaan pernah bekerja sebagai juruteknik sebelum meninggalkan negara manakala keluarganya menetap di sekitar Lembah Klang.

“Kita siasat latar belakang pemilik Twitter itu dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta beberapa jabatan lain dan mendapati bahawa lelaki itu dikesan berada di luar negara.

Polis tahu latar belakang dia dan ahli keluarganya. Jadi, kita akan dapatkan bantuan INTERPOL untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang media harian di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Huzir enggan mendedahkan nama negara terbabit berikutan siasatan sedang dijalankan pihaknya. Justeru, PDRM menegaskan orang ramai untuk tidak memuat naik berkaitan kenyataan yang sensitiviti yang menggugat keharmonian negara.

Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan,” katanya. Semalam tular seorang individu menggunakan nama Navin Pillai membalas ciapan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berhubung isu pengganas dengan mengeluarkan kenyataan jelik berbahasa Inggeris.

Please vote in Parliment to defund and reduce salary of PDRM (Polis Diraja Malaysia); remind them who is the boss Mahathit or 50+ PKR Mps! Misbehaving dogs need to be disciplined.”

Selain itu, individu terbabit turut memuat naik gambar Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan kapsyen ‘#petsatwork Anjing/Dogs and/bersama its Master/Tuhan.’

Sumber : BH Online

Leave a Reply