Input your search keywords and press Enter.

Kerajaan Tidak Akan Mansuhkan SOSMA

M Update, 16/10/2019 – Kerajaan mengulangi pendirian bahawa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) tidak akan dimansuhkan.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, akta tersebut diperlukan untuk mengekang aktiviti keganasan daripada terus berlaku. Boleh lihat balik manifesto Pakatan Harapan (PH) dan kalau kita lihat perkembangan isu keganasan di dalam negara dan antarabangsa, SOSMA adalah wajar dan perlu,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Hari Pendaftaran Negara. Menurutnya, undang-undang sedia ada tidak memadai untuk membanteras keganasan.

“Cara mereka (pengganas) bertindak di luar batas undang-undang dan kalau tiada instrumen sebegitu, mereka akan terlepas daripada cengkaman undang-undang yang akhirnya akan menimbulkan bahaya negara,” katanya.

Beliau berkata, rang undang-undang pindah SOSMA tidak akan dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat kali ini kerana perlu lebih masa untuk penelitian.

“Kita sudah bawa peringkat pertama Kabinet, tetapi Kabinet berpendapat ada lagi yang perlu perhalusi. Sebab itu kita teruskan proses libat urus dengan pelbagai badan pertubuhan supaya akhirnya apabila dibawa ke Parlimen pihak- pihak akan berpuas hati,” katanya.

Leave a Reply