Input your search keywords and press Enter.

𝐏ihak 𝐁erkuasa 𝐃alang 𝐏enyeludupan 𝐒empadan 𝐍egara

M Update, 18/10/2019 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendedahkan rakaman aktiviti penyeludupan menerusi pembolosan sempadan negara di Padang Besar, Perlis. Kegiatan ini dipercayai dibantu pihak berkuasa negara yang didakwa menerima rasuah daripada kumpulan sindiket.

SPRM turut menayangkan beberapa klip video yang menunjukkan bagaimana penyeludupan berlaku dan penguat kuasa yang bertugas hanya berdiam diri seolah-olah tiada perkara berlaku tanpa mengambil sebarang tindakan. Modus operandi yang digunakan oleh sindiket ini adalah mendekati pihak penguatkuasa dan “memberikan sesuatu” dipercayai rasuah.

Anggota penguatkuasa seolah “tidak nampak” kumpulan sindiket berlari membawa barangan seludup di hadapan mereka. Malah, ada yang memberi laluan ketika terserempak dengan kumpulan itu melintasi jalan ketika memikul barangan seludup.

Ketua Cawangan Audio dan Video, Bahagian Forensik SPRM, Badri Azni berkata, modus operandi pihak terbabit adalah penyeludup berjumpa dengan pegawai penguat kuasa yang bertugas untuk mendapatkan kebenaran menyeludup keluar barangan ke Thailand.

Antara barangan yang disyaki diseludup keluar ialah barang runcit seperti minyak masak, bawang dan tepung. Selain itu mereka juga dipercayai menyeludup barangan subsidi seperti petrol, diesel dan baja.

Leave a Reply