M Update, 18/10/2019 – Rasa marah dipercayai motif pembunuhan kejam yang mayatnya ditemukan dikerat sekurang-kurangnya lapan bahagian di Kampung Ladang, Krubong, Melaka, pada Khamis minggu lalu.
Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Shahrul Laili Masduki berkata, siasatan kes berkenaan sudah hampir selesai dan pihaknya dalam proses melengkapkan kertas siasatan untuk dihantar ke Pejabat Pendakwa Raya. Kes sudah selesai selain suspek juga sudah ditangkap dan polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan. Motif pembunuhan dipercayai kerana rasa marah isu yang ditimbulkan oleh mangsa,” katanya.
Shahrul Laili berkata, beberapa individu termasuk ahli keluarga lelaki warga Singapura yang juga suspek kes berkenaan dijangka akan dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan. Buat masa ini belum lagi tetapi dalam proses untuk lengkapkan siasatan akan panggil termasuk keluarga suspek. Malah keputusan rasmi ujian saringan air kencing suspek belum diterima daripada hospital,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai identiti mangsa, Shahrul Laili berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkanya sehingga menerima keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) diperoleh.
“Kita belum kenal pasti dan perlu menunggu DNA. Kita menunggu laporan DNA untuk sahkan badan yang dijumpai adalah mereka yang dilaporkan hilang,” katanya.
Sumber : HM Online