Input your search keywords and press Enter.

Mahasiswa Kesempitan Boleh Mohon Bantuan Zakat

M Update, 22/10/2019 – Pelajar universiti yang mengalami kesempitan hidup boleh memohon bantuan zakat bagi mengurangkan beban kewangan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof. Malah, katanya, ketika ini pun sudah ramai mahasiswa yang menerima bantuan itu.

“Mahasiswa boleh memohon (bantuan zakat)… tidak ada masalah. Kita akan melihat keperluan mereka,” katanya.

Tular semalam akhbar mendedahkan mengenai mahasiswa yang terpaksa bergelut membayar kadar sewa rumah mahal, mencecah RM1,500 sebulan bagi rumah kos rendah di ibu negara sehingga memaksa mereka menetap seperti warga asing atau menjalani kehidupan seharian ala nomad.

Lebih membebankan, jika tiada pilihan, mereka terpaksa menyewa rumah yang mencecah RM3,000 sebulan, dengan berkongsi tinggal sehingga 20 orang. Berdasarkan tinjauan yang dibuat akbar berkenaan, flet di sekitar bandar raya disewakan pada harga antara RM1,000 hingga RM1,500, manakala deposit pula membabitkan bayaran dua tambah satu, termasuk utiliti pada kadar RM300 hingga RM500.

Mengulas lanjut, Mujahid berkata, pihaknya memerlukan maklumat terperinci jika ada mahasiswa di Wilayah Persekutuan yang berdepan masalah seperti itu.

“Ada banyak kategori bantuan zakat yang kita boleh lihat (bagi membantu mahasiswa). Jika benar ia berlaku, saya memerlukan maklumat dan Insya-Allah, pihak Jejak Asnaf kita akan terus mengambil tindakan,” katanya.

Sumber : BH Online

Leave a Reply