Input your search keywords and press Enter.

KBS Latih Pemain Basikal Lajak Jadi Pelumba Negara

M Update, 7/11/2019 – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang melatih kanak-kanak dan remaja yang bermain basikal lajak, dengan harapan melahirkan pelapis dan jaguh sukan basikal bagi mewakili Malaysia pada masa depan.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata KBS menyediakan bengkel latihan serta pelatih profesional kepada kumpulan pemain basikal lajak bagi memastikan minat mereka disalurkan ke arah sesuatu yang lebih bermanfaat.

“Ini sesuatu yang KBS sudah lakukan sebelum insiden kemalangan membabitkan basikal lajak. Kita sudah laksanakan banyak bengkel latihan kepada kumpulan basikal lajak.

Beliau diminta mengulas cadangan beberapa pihak supaya KBS membina litar khas supaya kanak-kanak dan remaja dapat menggunakannya untuk aktiviti basikal lajak secara selamat Mengulas lanjut, Syed Saddiq menjelaskan, bengkel latihan itu mendapat sambutan menggalakkan daripada komuniti basikal lajak.

“Tidak cukup sekadar sediakan litar kerana aspek keselamatan tak diutamakan. Basikal yang mereka ubah suai tiada brek, tidak gunakan peralatan keselamatan serta dipandu di kawasan berbukit.

“Jadi kita sediakan peralatan basikal pegun untuk mereka gunakan, yang mana ia dapat membina otot dan kelajuan, sekali gus melatih mereka menjadi pelumba basikal Malaysia satu hari nanti,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini

Dalam program terakhir yang saya sendiri sertai di Gombak, ada kira-kira 150 komuniti basikal lajak yang turut bersama dalam bengkel itu,” katanya. Syed Saddiq turut menyokong jika individu yang suka mengubahsuai basikal lajak, dihantar ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) untuk menyerlahkan lagi bakat mereka.

Beliau juga sedang mendapatkan pandangan beberapa pihak berhubung inisiatif lain yang boleh dilakukan bagi menyalurkan minat kumpulan basikal lajak, tanpa mengenepikan aspek keselamatan. – BH Online

Leave a Reply