M Update, 08/11/2019 – Dua guru didakwa merogol seorang pelajar buta berusia 15 tahun di dalam bilik darjah sekolah pendidikan khas di Ambaji, Gujarat kira-kira dua bulan lalu.
Daily Mail melaporkan, guru terbabit, Chaman Thakor, 62, dan Jayanti Thakor, 30 dipercayai melakukan perbuatan keji itu di dalam bilik muzik sekolah asrama berkenaan.
Kejadian itu bagaimanapun hanya terbongkar baru-baru ini ketika mangsa pulang ke rumah sempena cuti Deepavali dan memberitahu ibu saudaranya sebelum wanita terbabit membuat laporan polis.
Menurut mangsa, dia diserang kali pertama oleh Chaman dua bulan lalu manakala seorang lagi guru melakukan perbuatan sama kira-kira tiga hari kemudian.
Jayanthi dikatakan turut merogolnya sekali lagi sehari sebelum perayaan Deepavali itu.