Input your search keywords and press Enter.

Hospital Rembau : Wad Kecemasan, Bersalin Dijangka Beroperasi Disember Ini

M Update, 11/11/2019 – Wad kecemasan dan wad bersalin Hospital Rembau di Rembau, dijangka akan beroperasi lebih awal iaitu bulan hadapan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata bagaimanapun keseluruhan hospital yang akan menjadi hospital kluster kepada Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini, hanya akan beroperasi sepenuhnya awal Januari nanti. Katanya, ketika ini proses kemasukan alat perubatan dan bukan perubatan sedang dijalankan membabitkan sebanyak 7,000 unit dan perlu diaturkan bagi setiap jenis perkhidmatan yang disediakan.

Ia disusuli proses ujian dan pentauliahan alat terbabit yang akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua bulan. Bagaimanapun, ketika ini usaha sedang dilakukan untuk memastikan wad kecemasan dan wad bersalin dapat beroperasi dahulu pada Disember ini,” katanya.

Dzulkefly berkata, Jabatan Kesihatan negeri akan mengumumkan mengenai pembukaan wad kecemasan dan wad bersalin sebaik ia dapat beroperasi nanti. Bulan lalu, Jabatan Kerja Raya (JKR) menyerahkan projek pembinaan Hospital Rembau yang dibina dengan kos RM104 juta kepada Kementerian Kesihatan.

Hospital yang akan menjadi pelengkap kepada rangkaian hospital awam di Negeri Sembilan itu mempunyai sebanyak 76 katil sekali gus dapat memberi kemudahan kepada penduduk Rembau dan sekitarnya. – BH Online

Leave a Reply