Input your search keywords and press Enter.

Pemandu Audi Berlagak Samseng Sudah Ditahan

M Update, 11/11/2019 – Polis sudah menahan pemandu Audi putih yang dikatakan menghalang seorang pemandu wanita mengandung tujuh bulan sambil menunjukkan tanda lucah, selain merakam gambar mangsa.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi Jumaat lalu dan videonya tular di Facebook hari ini, kedengaran mangsa berusia 26 tahun menangis ketakutan akibat tindakan lelaki itu. Wanita berkenaan membuat laporan di Balai Polis Johor Jaya pada jam 9.41 pagi, hari sama.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah, berkata susulan laporan mangsa, polis menjalankan siasatan termasuk meneliti kenderaan digunakan suspek. Hasilnya, kita dapat menahan suspek lelaki berusia 27 tahun di sekitar Permas Jaya pada jam 12 tengah hari tadi. Penahanan dibuat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506/509 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Terdahulu tular di Facebook video berdurasi empat minit 28 saat memaparkan seorang pemandu kereta Audi putih menghalang seorang wanita sambil menunjukkan tanda lucah, selain merakam gambar mangsa.

Dalam video itu kelihatan seorang pemandu melalui Jalan Johor Jaya berhampiran Giant Plentong sebelum tiba-tiba dipintas sebuah Audi putih yang kemudiannya memberhentikan kereta berkenaan. Seorang lelaki kemudian keluar dari Audi itu dipercayai berhampiran Shell Plentong sambil berkata ‘Bangong, tau bawa kereta tak tau…’ menyebabkan wanita berkenaan turut membalas dengan mengatakan hanya memandu di dalam lorongnya.

Lelaki berkenaan kemudiannya mengambil gambar mangsa sebelum menunjukkan isyarat lucah dan beredar. -BH Online

Leave a Reply