Input your search keywords and press Enter.

Jabatan Perangkaan Kelantan Perlukan 5,000 Pekerja Banci Sementara

M Update, 14/11/2019 – Jabatan Perangkaan Malaysia Kelantan memerlukan kira-kira 5,000 pekerja sementara sebagai pembanci dan penyelia bagi membanci penduduk di negeri ini pada Julai tahun depan, kata Pengarahnya Zuraidy Zainal Abidin.

Beliau berkata pengambilan akan dibuat selepas pihaknya mengeluarkan iklan dan mereka yang terpilih akan dibayar elaun yang akan ditetapkan.

‘Gerakan banci dari rumah ke rumah dalam tempoh dua minggu di seluruh Kelantan dijadual bermula 7 Julai tahun depan,” katanya.

Sumber : Bernama

Leave a Reply