Input your search keywords and press Enter.

Banjir Gemas : 5 Keluarga Dipindahkan

5 keluarga di Gemas terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Parit Buloh, selepas kediaman mereka ditenggelami air setinggi kira-kira 0.2 meter, malam tadi.

Ia susulan, hujan lebat bermula jam 6 petang sebelum air mulai naik di kawasan perumahan penduduk sekitar jam 8 malam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan, Leftenan Kolonel Pertahanan Awam (PA) Mohd Syukri Madnor, berkata air sungai berhampiran kawasan berkenaan juga menunjukkan bacaan pada paras waspada.

“Sebanyak lima keluarga membabitkan 20 individu termasuk tujuh kanak-kanak diarahkan dan dipindahkan ke PPS Dewan Parit Buloh selepas rumah mereka dinaiki air. Anggota APM yang berada di lokasi membantu mereka berpindah.

PPS berkenaan dibuka jam 9 malam. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah berada di lokasi bagi urusan masuk ke PPS dibantu Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Hujan lebat sejak 6 petang dan berterusan sehingga jam 9 malam tadi menyebabkan paras air Sungai Gemencheh menunjukkan trend menaik sejak 6 petang semalam.

Sumber : BH