Input your search keywords and press Enter.

Kes Mati Lemas Lebih Tinggi Berbanding Kebakaran

M Update, 18/11/2019 – Kadar kematian disebabkan kes lemas di seluruh negara setiap tahun adalah tiga atau empat kali ganda lebih tinggi berbanding mangsa kebakaran.

Sejumlah 97 mangsa kematian disebabkan kebakaran dicatat tahun lalu, berbanding 215 kes lemas. Setakat April tahun ini, sebanyak 100 kes lemas direkodkan – Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohammad Hamdan

Enam kawasan dikenal pasti mempunyai risiko kes lemas tinggi di seluruh negara iaitu Sungai Pedu di Kedah, Sungai Kerian dan Sungai Pinji di Perak, Sungai Kampung Cenderamata 2 dan Sungai Segaliud di Sabah serta Air Terjun Belukar Bukit, Terengganu.

JBPM sentiasa bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir musim tengkujuh di seluruh negara yang dijangka bermula bulan ini.

Beberapa lokasi yang kerap berlaku banjir dan kawasan berisiko tinggi sudah dikenal pasti untuk dipantau bagi memberi kesedaran serta amaran awal kepada masyarakat setempat.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply