Input your search keywords and press Enter.

41 Penyokong Harimau Malaya, Garuda Ditahan Polis

M Update, 20/11/2019 – Seramai 41 individu ditahan susulan kekecohan yang berlaku selepas aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohamed Mokhsein Mohamed Zon ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

“Mereka yang ditahan adalah penyokong kedua-dua pasukan dan telah dibebaskan selepas proses dokumentasi dijalankan,” katanya.

Semalam, sebahagian penyokong Malaysia cuba membuat provokasi terhadap penyokong Indonesia dengan berkumpul di hadapan Pintu E Stadium Nasional, Bukit Jalil yang dikhaskan untuk penyokong negara jiran itu tidak lama selepas perlawanan di antara kedua-dua tamat.

Ketika itu, masih terdapat sebahagian penyokong Indonesia masih berada di dalam stadium kerana mahu mengelak konfrontasi dengan penyokong Malaysia yang berada di luar.

Anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga, termasuk memantau keadaan, khususnya di perkarangan stadium bagi mengelak sebarang insiden kekecohan.

Leave a Reply