M Update, 5/12/2019 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memberi amaran gelombang banjir kedua dijangka berlaku pada 25 dan 26 Disember ini dalam skala sama atau melebihi gelombang pertama.
Gelombang kedua dikhuatiri bertembung dengan air pasang besar di laut perairan Kelantan. Mengikut ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia terdapat empat hingga enam luruan angin yang boleh berlaku.
Jika hujan lebat berlaku pada 25 dan 26 Disember, kita bimbang gelombang terbabit lebih tinggi berbanding yang sedang berlaku sekarang jika ia bertembung dengan air pasang.
Diharapkan orang ramai patuhi amaran yang dikeluarkan dan tidak sesekali bermain air banjir untuk berseronok.